INFO KORPORAT
Misi Korporat
Walaupun KPD didaftarkan sebagai sebuah koperasi, kami juga adalah sebuah syarikat yang berteraskan kepada pembangunan aset yang mengutamakan peningkatan taraf ekonomi sosio anggota. Kami juga akan memastikan setiap pelaburan yang dibuat oleh anggota akan diberikan pulangan yang setimpal. Justeru itu, KPD juga akan mempromosikan taraf keutuhan, kejujuran dan persaingan dalam dunia perniagaan masa kini.

Menyediakan perkhidmatan kewangan dan pengurusan keanggotaan yang terbaik untuk anggota-anggotanya.
Objektif
- 1. Memastikan perkhidmatan dan pentadbiran kewangan yang berkualiti
- 2. Memastikan koperasi sentiasa bergerak di landasan yang betul selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada
- 3. Mewujudkan modal insan yang berilmu, mahir dan berhemah tinggi
- 4. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan sejajar degan perkembangan semasa dengan sokongan teknologi maklumat
- 5. Memastikan pelaburan memperolehi pulangan yang setimpal
Carta Organisasi
Berikut adalah susunatur organisasi dalam KPD yang diwujudkan sehingga kini bagi mentadbir, serta pengurusan yang cekap dan sistematik.
