INFO KORPORAT
Visi

Koperasi Berkualiti dan Berkesan (K2B)
Prinsip
Komitmen kepada Pemegang Saham:
- 1. Pemegang saham merupakan pelanggan utama KPD, KPD akan memastikan kualiti terbaik terhadap keperluan pelanggan di samping mempamerkan perkhidmatan yang inovatif dan pulangan setimpal
- 2. Memastikan segala perbelanjaan dibuat dalam cara terbaik bagi menjaga kebajikan serta meningkatkan pelaburan pemegang saham
- 3. Menyediakan kadar pulangan yang memberangsangkan dengan lain-lain pelaburan yang baik
- 4. Mengekalkan keutuhan kewangan KPD dalam usaha bersaing dengan lain-lain syarikat yang disenaraikan di BSKL
- 5. Memastikan penyelidikan berterusan bagi pelaburan dan perniagaan baru yang akan diceburi bagi meningkatkan dan mengekalkan keutuhan kewangan KPD
- 6. KPD juga akan memastikan bahawa penglibatan bagi setiap pelaburan dan perniagaan dibuat mengikut prinsip-prinsip ekonomi
Komitmen kepada kakitangan - Hubungan Pengurusan:
- 1. Usaha berterusan dalam memperbaiki sistem pengurusan dan penyeliaan
- 2. Mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi menerusi koperasi, anak-anak syarikat serta syarikat bersekutu
- 3. Menarik, membangun serta menyemai kewibawaan dan kesetiaan kakitangan
- 4. Menyediakan peluang sama rata dan mempertimbangkan kualiti latihan yang sejajar dengan keperluan masa kini
- 5. Memastikan kakitangan menerima kemudahan serta peluang yang setimpal berbanding degan lain--lain syarikat. Kini kumpulan KPD mempunyai seramai 648 orang kakitangan