PERKHIDMATAN
Insentif Pelajaran KPDRM
Insentif pelajaran ini mendorong Anggota dan tanggungan untuk gigih berusaha kerana usaha tangga kejayaan. Jangan lupa untuk mohon manfaat yang disediakan oleh Koperasi PDRM bagi kesejahteraan bersama.

Kelayakan dan syarat-syarat permohonan
- 1. Insentif Pelajaran adalah terbuka untuk Anggota dan anak-anak Anggota Koperasi Polis sahaja
- 2. Anak anggota yang telah berkahwin tidak layak memohon
- 3. Keanggotaan Ibu bapa/Penjaga dan Anggota yang memohon mestilah tidak kurang 5 tahun berturut-turut pada keanggotaan pertama dan tidak kurang 3 tahun berturut-turut pada keanggotaan kedua dari tarikh tutup iklan permohonan
- 4. Bekas anggota yang telah berhenti dengan sebab bersara atau meninggal dunia serta memenuhi syarat di para (1), anak-anak mereka layak memohon. Anggota yang berhenti dengan sebab peribadi tidak akan dipertimbangkan.
- 5. Insentif Pelajaran Rendah Koperasi Polis dibuka kepada pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan semasa
- 6. Insentif Pelajaran Tinggi hanya dibuka untuk pemohon Tahun Akhir sahaja. Telah disahkan lulus untuk mendapat Diploma/Ijazah mengikut syarat kelayakan seperti di jadual dan tamat pengajian mengikut tahun semasa
- 7. Kursus-kursus pengajian yang diikuti di IPTS perlu mendapat pengesahan / pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara(LAN)
- 8. Bayaran Insentif Pelajaran diberi hanya sekali sahaja bagi setiap kategori
- 9. Tarikh tutup permohonan ialah tiga bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan
Nota: Kadar dan Kelayakan Akademik diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi pada 29 Mac & 28 September 2017. : Tarikh kuatkuasaan kelayakan akademik mulai tahun peperiksaan tahun 2017 diputuskan pada 29 September 2017.
Jadual Rujukan
Insentif pelajaran ini mendorong Anggota dan tanggungan untuk gigih berusaha kerana usaha tangga kejayaan. Jangan lupa untuk mohon manfaat yang disediakan oleh Koperasi PDRM bagi kesejahteraan bersama.
Insentif Pelajaran Rendah
PEPERIKSAAN RENDAH / TINGGI | KELAYAKAN AKADEMIK | KADAR BARU (RM) |
---|---|---|
SPM | 5A 3B | 200.00 |
STPM | CGPA 3.00 KE ATAS | 300.00 |
MATRIKS | CGPA 3.00 KE ATAS | 300.00 |
Insentif Pelajaran Tinggi
PEPERIKSAAN TINGGI | KELAYAKAN AKADEMIK | KADAR BARU (RM) |
---|---|---|
DIPLOMA | CGPA 3.00 KE ATAS | 400.00 |
IJAZAH KE ATAS | CGPA 3.00 KE ATAS | 500.00 |