Nazarhanim Bt.
Mohamad Razak

KETUA PEGAWAI OPERASI

Nazarhanim Bt. Mohamad Razak

Ketua Pegawai Operasi

Nazarhanim Bt. Mohamad Razak berkelulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari Massey University, New Zealand, serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Beliau memulakan kerjaya dalam profesion audit dan percukaian sebelum membina pengalaman kukuh dalam perakaunan korporat merangkumi sektor perkhidmatan profesional, pembuatan dan organisasi berkaitan kerajaan. Kepelbagaian latar belakang ini telah membentuk kepakaran beliau dalam tadbir urus kewangan, pengurusan prestasi dan kawalan operasi.

Menyertai KPDRM pada tahun 2010, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem operasi dan menyokong inisiatif transformasi organisasi. Pada 1 September 2021, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi dan kini bertanggungjawab memastikan kecekapan operasi, penyelarasan strategik serta kelangsungan pertumbuhan mampan KPDRM.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.