YDH CP Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid

PENGERUSI

YDH CP Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid

Pengerusi โ€‹

Datoโ€™ Sri Abdul Aziz dilahirkan pada 19 Februari 1967 (58 tahun) di Penaga, Pulau Pinang. Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Pengajian Kepolisan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (2008/2009) dan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi daripada Universiti Utara Malaysia (1989/1992). Di samping itu, beliau juga memiliki Diploma Sains Komputer daripada Universiti Putra Malaysia (1995/1988) serta Sijil Pengurusan Gunaan daripada Australian Institute of Police Management (AIPM), Australia (2013).

Beliau telah menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1hb. Julai 1995 sebagai Kadet Asisten Superintenden Polis (ASP) dan pernah memegang jawatan- jawatan seperti Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman dan Pengarah Pengurusan, Bukit Aman.

Pada 16 Disember 2024, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Terkini, beliau dilantik sebagai Pengerusi Koperasi PDRM Berhad berkuatkuasa 25 Januari 2026.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.