YDH CP Dato' Hussein bin
Omar Khan

PENGERUSI

YDH CP Dato' Hussein bin Omar Khan

Pengerusi ​

CP Dato’ Hussein Omar Khan merupakan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan, penyiasatan jenayah, forensik, operasi dan keselamatan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biokimia) dari Universiti Malaya, Sarjana Sains (Siasatan Forensik) serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Teknologi Maklumat) daripada Multimedia University.

Sepanjang kerjaya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan strategik termasuk Ketua Bahagian Forensik Digital, Ketua Databank DNA, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, serta Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA. Beliau turut pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dan kemudiannya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman.

Dalam bidang korporat, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah KOP Trade Sdn. Bhd. dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) berkuat kuasa 21 September 2026. Dengan pengalaman luas dalam kepimpinan, keselamatan dan tadbir urus, beliau kini membawa visi strategik dalam memacu KPDRM ke arah pertumbuhan yang progresif, berdaya saing, mampan dan berintegriti.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.