Menyertai Polis pada umur 26 tahun pada tahun 1989, berkelulusan Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan berkepujian dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasil kerja keras YDH CP Dato’ Nerita Bt. Yaacob membawa beliau ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah bahagian Kewangan di Bukit Aman pada tahun 2014, Timbalan Pengarah bahagian Kewangan, Perolehan dan Kepolisan Am di Bukit Aman pada tahun 2015 dan Timbalan Pengarah Pengurusan bahagian Latihan di Bukit Aman pada tahun 2019.
Pada 16 Ogos 2021, YDH CP Dato’ Nerita Bt. Yaacob, 59, dilantik sebagai Bendahari Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.
Terbaru, YDH CP Dato' Nerita Bt. Yaacob juga menerima penganugerahan kenaikan pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) yang mula berkuatkuasa pada 13 April 2023.