YDH CP Dato' Sri Azmi
Bin Abu Kassim

TIMBALAN PENGERUSI

YDH CP Dato' Sri Azmi bin Abu Kassim

Timbalan Pengerusi ​

Menyertai Polis pada umur 36 tahun pada tahun 1987, berkelulusan Diploma dalam bidang Perakaunan. Merupakan lepasan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari UiTM Cawangan Shah Alam.

Perkhidmatan terawal dalam polis sebagai INSP /P (dalam latihan) COY ‘I’ Pulapol pada 05 April 1987. Hasil kerja keras YDH CP Dato’ Sri Azmi Bin Abu Kassim telah membawa beliau ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau dilantik sebagai Pengarah Pengurusan di Bukit Aman berkuatkuasa 24 Mac 2023 dengan pangkat Komisioner Polis (CP).

Selain itu, YDH CP Dato' Sri Azmi Bin Abu Kassim pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan Lalulintas dan Trafik Kuala Lumpur 2021-2023, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2021-2024 dan Ahli Lembaga Pengarah Kop Logistic & Distribution Sdn Bhd 1/2/2021-31/1/2022.

Berkuatkuasa pada 27 April 2023, YDH CP Dato’ Sri Azmi Bin Abu Kassim, 58 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.