Menyertai Polis pada umur 24 tahun pada tahun 1985, berkelulusan Advanced Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Kebangsaan Malaysia, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sastera peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Universiti Malaya dan akhir sekali, beliau meneruskan pembelajaran dalam bidang Pengurusan Kepolisan peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasil kerja keras YBhg Dato' Hasanuddin Bin Hassan membawa beliau ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban pada tahun 2005, Ketua Jabatan Pengurusan Kedah di IPK Kedah pada tahun 2008, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) di Bukit Aman pada tahun 2011,
Ketua Jabatan Pengurusan Selangor di IPK Selangor pada tahun 2013, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perancang & Pembangunan Dasar Strategik) di Bukit Aman pada tahun 2016, Ketua Polis Kelantan pada tahun 2017, dan Ketua Polis Kedah pada tahun 2021.
Pada 16 Ogos 2021, YBhg Dato' Hasanuddin Bin Hassan, 61, dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.