SAC Fazlisyam
Bin Abd Majid

KETUA

SAC Fazlisyam Bin Abd Majid

Ketua​

SAC Fazlisyam Bin Abd Majid menyertai Polis pada umur 24 tahun pada tahun 2003 dan berpendidikan dalam bidang Pengajian Perbankan, Kewangan, Perakaunan Forensik Dan Kriminologi Kewangan.

Sejarah pekerjaan beliau termasuk menjawat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada tahun 2017, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor pada tahun 2019.

Hasil kerja keras SAC Fazlisyam Bin Abd Majid membawa beliau ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik di Bukit Aman pada tahun 2020. Pada 22 Disember 2020, beliau dilantik sebagai Ketua Jawatan Kuasa Audit Dalaman Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.