Anak kelahiran negeri Melaka berlatarkan pendidikan dalam bidang Perakaunan dan Pentadbiran Perniagaan merupakan seorang Pegawai Kanan Polis yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Komersil, Bukit Aman.
Bermula dari Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan pada tahun 1996. Berdasarkan pengalaman yang luas dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang siasatan Jenayah Komersil, beliau telah dinaikkan pangkat dari tahun ke tahun.
Hasil usaha kerja yang membanggakan dalam pasukan dan berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pegawai Kanan Polis yang berkaliber serta berintegriti yang tinggi beliau telah dilantik sebagai ketua Jawatankuasa Audit Dalaman dan terkini sebagai Bendahari KPDRM.