DCP Mohd Mahidisham
Bin Ishak

BENDAHARI

DCP Mohd Mahidisham bin Ishak

Bendahari

Anak kelahiran negeri Melaka yang kini berusia 52 tahun, berlatarkan pendidikan dalam bidang Perakaunan dan Pentadbiran Perniagaan merupakan seorang Peg9awai Kanan Polis yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Telah berkhidmat selama 27 tahun dalam pasukan polis, bermula dari Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan pada tahun 1996. Berdasarkan pengalaman yang luas dan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang siasatan Jenayah Komersil beliau telah dinaikkan pangkat dari tahun ke tahun dan terkini sebagai Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).

Hasil usaha kerja yang membanggakan dalam pasukan dan berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pegawai Kanan Polis yang berkaliber serta berintegriti yang tinggi beliau telah dilantik sebagai ketua Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan terkini sebagai Bendahari KPDRM. Pada 9 Jun 2025, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah JSJK yang memberi gelaran DCP.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.