YBhg CP(R) Dato' Hj. Hasanuddin Bin Hj. Hassan

PENGERUSI

YBhg CP(R) Dato' Hj. Hasanuddin
Bin Hj. Hassan

Pengerusi ​

Dilahirkan pada 09 Jun 1961. Merupakan anak kelahiran Kampung Kubang Batang, Pasir Mas, Kelantan.

Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) di Tanah Merah, Kelantan. Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) - (B.Arts (Hons)) dan Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) - (Sarjana Pengurusan Kepolisan) dan Advance Diploma (HRM).

Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 06 Januari 1985 dengan pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan bersara dari PDRM pada 09 Jun 2021 setelah menabur bakti selama 36 tahun 7 bulan dengan pangkat terakhir Komisioner Polis (CP).

Antara tugas-tugas yang disandang sepanjang berada di dalam Pasukan PDRM adalah sebagai Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis dan Seremban, Negeri Sembilan. Ketua Jabatan Pengurusan Kedah dan Selangor. Ketua Polis Kelantan dan Kedah serta lain-lain jawatan di Bukit Aman, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Kuala Lumpur dan Kontinjen Johor.

Pada 16 Ogos 2021, YBhg. Dato' Hasanuddin bin Hassan, 61, dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad.

Copyright 2022. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Hak cipta terpelihara.